Terma Dan Syarat Pesanan Barang

Sila klik pada pautan untuk memastikan laman ini sedang memaparkan Terma dan Syarat bagi pengiriman borang bertajuk

Pesanan Barang Stok Simpanan Warga

Terma Dan Syarat
  1. Semua butiran pada terma dan syarat ini adalah terpakai bagi semua perkara berkaitan dengan urusan pembelian barang yang terlibat dengan pesanan melalui borang ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  2. Pihak pengurusan (disebut Kami) berhak menentukan barang tukaran yang akan diberikan kepada pengirim pesanan (disebut Pengirim) sekiranya berlaku sebarang kesulitan memenuhi pesanan dengan sempurna, selagimana barang itu sesuai dengan jenis barang yang dipilih pengirim pada pesanan dan tidak melebihi harga unit barang pilihan asal pengirim pada pesanan.
  3. Penyata periksa pesanan (disebut Penyata) akan diberikan kepada pengirim untuk memeriksa senarai barang pesanannya beserta kuantiti dan harga yang dimasukkan. Pengirim boleh memberikan maklumbalas kepada kami sekiranya hendak membuat sebarang pembetulan atau membatalkan pesanan.
  4. Pengkompilan pesanan adalah penetapan suatu pesanan sebagai muktamad dan tidak boleh lagi ditambah atau diubahsuai oleh pengirim. Pesanan akan dikompil apabila bayaran diterima, sama ada mencukupi atau tidak.
  5. Pesanan utama adalah pesanan baru yang dihantar ketika sama ada tiada pesanan terdahulu, atau pesanan terdahulu (jika ada) telah dikompil.
  6. Pengirim masih boleh membuat penambahan atau pengurangan pesanan sebelum pesanan utama dikompil. Pengubahan akan dikemaskini pada pesanan utama. Sila pastikan pengubahan tidak menyertakan pengubahsuaian keseluruhan kepada pesanan utama. Kesilapan boleh menyebabkan ralat yang sulit diperbetulkan. Kami tidak bertanggungjawab jika ini berlaku.
  7. Sebarang maklumbalas tidak lagi akan diterima apabila pesanan dikompil, atau apabila tarikh mengirimkan dan mengubahsuai pesanan ditutup.
  8. Penyata terima pesanan dan bayaran (disebut Invois) akan diberikan kepada pengirim selepas pesanan dikompil. Walaubagaimanapun, senarai pesanan dan harga masih belum dikira muktamad. Kami berhak membuat pengubahsuaian pesanan sekiranya diperlukan.
  9. Selepas pesanan terdahulu dikompil, pengirim boleh membuat pesanan lain sekiranya mahu, dan dikira sebagai pesanan utama yang baru.
  10. Penyata jualbeli (disebut Resit) akan diberikan kepada pengirim yang akan menerima barang pesanan (disebut Pembeli) apabila barang yang akan diserahkan dapat dimuktamadkan. Sebarang ubahsuaian pesanan yang dilakukan akan disertakan. Pembeli boleh mengemukakan maklumbalas sekiranya ada.
  11. Sekiranya bayaran tidak mencukupi, barangan lebih asas akan diutamakan untuk dibeli. Namun, keutamaan dan keputusan adalah tergantung kepada ketetapan kami.
  12. Sekiranya terdapat lebihan dan tiada pilihan barangan, sekiranya pengirim menetapkan nilai sumbangan, bayaran sumbangan akan ditolak terlebih dahulu. Sekiranya wang yang diberikan masih berbaki, barulah ia akan dikembalikan (refund). Tempoh pengembalian adalah mengikut ketetapan kami.
  13. Jumlah pengembalian akan dinyatakan pada resit. Jika mahu, pengirim juga boleh memaklumkan untuk menggunakan baki kembali sebagai bayaran untuk tempahan seterusnya.
  14. Kami berhak menolak pesanan utama dan juga mengembalikan wang sekiranya berlaku kesulitan yang mendesak, seperti masalah pengurusan dan masalah teknikal. Sekiranya ada pengubahsuaian yang tidak dapat diselesaikan melalui cara sedia, sila hubungi untuk diselesaikan secara manual.
Penafian dan Perakuan
  1. Penyata ini hanya bertujuan untuk memaklumkan kepada pengirim, maklumat-maklumat pesanan seperti yang dinyatakan iaitu butiran pengenalan diri, tarikh pesanan diterima, nombor invois, senarai pesanan, dan jumlah harga.
  2. Pesanan pada penyata ini hanya layak untuk disahkan apabila bayaran diterima dari pengirim dengan nombor rujukan penerima seperti nombor invois pada penyata dan dengan jumlah bayaran seperti yang dinyatakan pada penyata.
  3. Salinan penyata yang ada pada pihak kami dikira sebagai salinan asal dan penyata yang sah, walaupun salinan selainnya termasuk yang diterima oleh pembeli berbeza, sama ada disebabkan ralat atau pengubahsuaian lewat. Salinan asal akan disediaakseskan.
  4. Sebarang maklumbalas berkaitan penyata ini boleh dilanjutkan kepada kami.
Arahan
  1. Sila hapuskan maklumat yang tidak sesuai pada penyata ini dan semua dokumen lain yang berkaitan jika pengirim ingin mencetak keluar atau membuat salinan fail paparan awam.
  2. Sila isi borang dengan data yang sesuai seperti yang diminta pada borang. Pengirim dikenalpasti melalui nama, bukan melalui jabatan atau jawatan.
  3. Mohon tidak menggunakan nama sendiri jika mewakili pengirim yang lain. Pastikan mendapat nama pengirim yang tepat dan pastikan juga senarai pesanan yang diminta.
  4. Sila buat bayaran secara pemindahan perbankan. Bayaran tunai tidak diterima.
  5. Sila pastikan nombor invois yang tepat dimasukkan sebagai nombor rujukan penerima bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Nombor rujukan lain atau perkongsian slip pembayaran tidak diterima.
  6. Disebabkan sedikit kelemahan teknikal, mohon supaya tidak membuat kiriman secara berulangkali tanpa sebab. Ini juga penting untuk mengelakkan sebarang ralat semasa proses pengumpulan borang.