Qalbu biasa diterjemah sebagai hati atau jiwa. Penyucian qalbu dianggap sebagai penyucian jiwa yang berkait dengan perasaan. Qalbu yang bersih dianggap sebagai hati yang suci tanpa dikotori dengan perasaan-perasaan negatif seperti sedih, marah, hasad dengki, tamak haloba, dan sebagainya.

Qalbu bukanlah hati mahupun jantung. Hati adalah organ pencernaan makanan dan jantung adalah organ pernafasan. Perasaan pula adalah tindakbalas yang dihantar oleh otak ke otot dada melalui saraf tunjang. Semua itu tiada kaitan pun dengan kefahaman AlQuran.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberikan kamu pendengaran, penglihatan, dan pemikiran, agar kamu bersyukur.

Surah An-Nahl 16 ayat 78

Ayat ini jelas. Allah mengurniakan kepada manusia 3 sarana utama iaitu mata, telinga, dan qalbu, untuk mengoptimumkan penggunaannya bagi memahami petunjuk AlQuran agar mereka bersyukur dengan nikmatNya. Mana mungkin seseorang yang baru lahir mendapat pengetahuan yang sempurna tanpa 3 sarana ini khususnya qalbu.

Dan janganlah kamu ikut apa yang kamu tiada pengetahuannya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan pemikiran, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab.

Surah Al-Isra’ 17 ayat 36

Jika seseorang tidak menggunakan 3 sarana ini untuk mendapatkan pengetahuan sebelum melakukan sesuatu perkara, dia dikira melakukan sesuatu amal tanpa ilmu dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dikerjakan. Jelas di sini, AlQuran mestilah difahami dengan jelas untuk diamalkan, kerana Allah sendiri menyuruhnya. Itulah fungsi qalbu.

Demikianlah Allah menguncimati qalbu mereka yang tidak memahami.

Surah Ar-Rum 30 ayat 59

Ayat ini adalah amaran dari Allah. Semua haiwan memiliki otak. Tetapi manusia diberi qalbu yang membolehkan mereka memahami ayatNya untuk berabdi. Jika manusia enggan menggunakan qalbu yang diberikan untuk memahami ayatNya, Allah akan menguncimatinya sehingga hilang petunjuk umpama haiwan.

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta silihganti malam dan siang ada tanda bagi orang yang berfikir

Surah Ali-Imran 3 ayat 90

Berapa banyak ayat yang menyuruh manusia supaya berfikir memahami ayat-ayat AlQuran. Ta’qilun, ta’lamun, tazakkarun, tafakkarun. Kata ulul-albab sendiri secara istilah membawa erti orang yang diberi kebijaksanaan, iaitu mereka yang diberi ilmu dasar untuk memahami AlQuran dengan sebenarnya.

Jadi terlalu ironik jika ada yang mengatakan AlQuran tidak dapat difahami dengan akal sedangkan AlQuran sendiri menyuruh mengakalinya (memahami).

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *