Panduan Hidup


Ramai yang akui AlQuran itu panduan hidup manusia. Tetapi berapa ramai yang benar-benar memanfaatkannya sebagai panduan hidupnya sendiri? Berapa ramai yang benar-benar baca, faham, dan ikut AlQuran? Cuba renungkan dan jawab soalan-soalan ini.

  • Kenapa AlQuran diturunkan?.
  • Bagaimana AlQuran dapat berfungsi sesuai tujuannya?.
  • Adakah kita telah guna AlQuran sebagaimana fungsinya?.
  • Apakah kesannya mengguna atau tidak menggunakan AlQuran?.
  • Dan yang terakhir, benarkah kebenaran AlQuran telah jelas bagi kita atau kita hanya percaya ia benar tanpa memahaminya sendiri? Adakah itu dikira yakin dengan AlQuran?

Semua soalan ini dijawab oleh AlQuran sendiri dengan jelas. Sesiapa yang memahami AlQuran seharusnya tahu apa jawapan AlQuran. Malangnya ramai yang mencari jawapan di luar AlQuran. Maka sudah tentu jawapannya tidak setepat jawapan di dalam AlQuran kerana AlQuran sendiri adalah kitab yang menjelaskan.

Jika ingin tahu apakah jawapannya seperti menurut AlQuran, sila isi maklumat di bawah. InsyaAllah kami akan hubungi anda untuk lanjutkan. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk proses bimbingan. AlQuran itu tidak lain hanyalah pelajaran untuk sekalian alam. Semua ganjaran hanyalah dari Allah.


Pembukaan
  • Ambil AlQuran
    Ambil AlQuran

    Adakah kita telah pun mengambil AlQuran sebagai panduan bagi diri dan keluarga? Adakah pemerintah telah pun mengambilnya sebagai sumber perlembagaan dalam pemerintahan, kehidupan masyarakat, kewangan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sebagainya? Jika belum, bukankah itu yang disebut tidak mempedulikan AlQuran?

  • Bacalah
    Bacalah

    Andaikan jika keterangan kerja itu asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris. Pekerja masih dapat sebut setiap patah perkataan, tetapi tidak faham maksudnya. Majikannya tersedar dan menterjemahkan ke bahasa Melayu. Yang lucunya, pekerja itu langsung tidak hiraukan terjemahan itu tetapi sibuk menghafal dan melafaz ayat dalam bahasa Inggeris.

  • Guna Akal
    Guna Akal

    Berapa banyak ayat yang menyuruh manusia supaya berfikir memahami ayat-ayat AlQuran. Kata ulul-albab sendiri membawa erti mereka yang diberi ilmu dasar untuk memahami AlQuran. Jadi terlalu ironik jika ada yang mengatakan AlQuran tidak dapat difahami dengan akal sedangkan AlQuran sendiri menyuruh mengakalinya.

Pautan
  • Borang Daftar Minat – Boleh juga ikuti pautan ini untuk pendaftaran minat.
  • Kandungan Kiriman – Senarai kiriman.
  • Bacaan Asas – Untuk permulaan sebagai gambaran ringkas tentang cara-cara yang betul memahami AlQuran. Objektif utama adalah untuk mendapat kesedaran tentang kepentingan AlQuran dan bagaimana membaca serta memahaminya dengan betul supaya dapat menjadi pelajaran.
  • Ruangan Chat – Boleh mesej kami melalui ruangan chat untuk sebarang soalan dan aduan.
  • Daftar Sebagai Tetamu – Untuk mengakses lebih banyak kandungan. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran atau untuk akses kandungan.